Dalam satu sidang akhbar, Yusry berkata, Konsert Gergasi 25 KRU yang bakal berlangsung bermula 4 hingga 6 Mei ini merupakan konsert terakhir sebelum kumpulan itu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia muzik tempatan.

“Kami rangkumkan 25 tahun penglibatan kami dalam industri dengan konsert terakhir ini. Kami akan membubarkan KRU pada malam terakhir konsert itu.

“Kami juga akan melancarkan single baharu, Tahan Lama pada 30 April nanti sebagai lagu selamat tinggal,” kata Yusry lagi.

Dalam pada itu, Norman yang menahan sebak mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan pihak yang selama ini menyokong karier KRU. - UTUSAN ONLINE