Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Joy Revfa yakin pernikahan sah

JOV REVFA 2
JOV REVFA

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Siti Arifah Mohd. Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa memfailkan faraq (pembubaran nikah) bagi menuntut haknya sebagai seorang isteri dan wanita.

Joy berkata, dia sudah memfailkan permohonan tersebut Jumaat lepas setelah beberapa spekulasi yang tidak benar bertebaran mengatakan pernikahannya dengan Hafiz tidak sah.

Tambah Joy, per­mohonan tersebut bukan sekadar untuk menuntut haknya sebagai isteri, tetapi pada masa yang sama wanita lain juga boleh mengambil pengajaran atas kejadian yang menimpanya.

“Sebagai seorang isteri dan wa­nita saya ingin mempertahankan hak saya. Ada orang kata saya tipu suami. Hafiz tahu tentang semua perkara. Isu perceraian saya dengan bekas suami, semua dia tahu.

“Dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian. Kami bernikah pada 1 Mei lepas dan hanya enam hari dia tinggal di rumah saya. Sepanjang dia bergelar suami, layanannya sangat baik.

“Pada 23 Mei dia datang ke rumah saya dan mengatakan pernikahan kami tidak sah. Selepas itu dia terus abaikan saya. Saya yakin bahawa pernikahan kami sah. Sebab itu saya failkan permohonan ini,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Petaling di sini hari ini.

Kemelut rumah tangga Joy dan Hafiz mula dikesan apabila usahawan wanita itu mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur sedih dan mengundang pelbagai spekulasi tentang rumah tangga mereka.

Dalam pada itu Joy berkata, dia kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mem­buat pelbagai spekulasi bahawa Hafiz tidak pernah menyentuhnya sepanjang pernikahan mereka.

“Tolong hentikan semua spekulasi. Saya tidak menyalahkan pihak suami. Saya yakin nikah kami sah walaupun Hafiz tetap tidak mahu mengaku dan teguh dengan pendirian pernikahan ini tidak sah.

“Saya pernah mencuba pelbagai cara untuk menyelamatkan hubungan kami tetapi dia tetap tidak mahu mengaku. Saya serahkan keputusan kepada pihak mahkamah,” katanya yang turut ditemani peguam, Aznor Suhaida Dolah dan Hafiz Roslan.

Dalam pada itu, Hafiz ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan secara berperingkat memandang­kan ki­ni kemelut tersebut sudah dirujuk ke mahkamah.

Hafiz juga enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Joy yang memfailkan tuntutan tersebut dan meminta semua pihak untuk bersabar serta menunggu keputusan mahkamah.

“Maaf saya tidak mahu komen apa-apa. Tunggu sahaja (di) mahkamah. Saya tidak akan bercakap tanpa bukti,” katanya yang difahamkan hadir ke mahkamah tersebut untuk memfailkan permohonan sama.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan