Kematian tersebut disahkan oleh Nora menerusi satu kiriman ringkas mesej suara.

Johan, 52, dibawa ke pusat perubatan tersebut malam tadi akibat demam. Namun setakat ini, punca kematian belum diketahui.

Jenazah akan disempurnakan di Masjid Kampung Tunku selepas solat Jumaat.

Sebelum ini, Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Naluri, Desa Tercinta dan Samudera. - UTUSAN ONLINE