Menurut seniman yang cukup sinonim dengan rancangan Who Wants To Be A Millionaire itu, mereka mungkin akan pergi menunaikan ibadah itu sekitar Februari depan.

“Pada awalnya, saya ber­bincang dengan dia untuk bercuti ke Moscow bersama keluarga anak-anak saya. Lagipun, memang setiap tahun kami akan meluangkan masa untuk bercuti bersama.


Video Oleh MOHD. HAZLI HASSAN AL HAJ

“Tetapi Rapidah menolak sebab dia mahu mengambil masa untuk mengenali lebih dekat anak-anak dan cucu-cucu baharunya.

“Jadi dengan masa yang ada ini, biarlah dia kenal dahulu dengan anak-anak dan kemudian baharulah kami menunaikan ibadah umrah bersama-sama,” jelasnya.

Jalaluddin selamat ber­gelar suami kepada Rapidah dengan sekali lafaz di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras di sini.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang Rapidah, Lokman yang juga seorang penggiat teater dengan mas kahwin berjumlah RM300 sambil disaksikan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Mohd. Faisal Mohd. Noor.

Majlis yang dihadiri lebih 100 orang itu menyaksikan pihak pengantin lelaki menghadiahkan lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran daripada Rapidah.

Perkenalan pasangan ini bermula pada bulan Ramadan tahun lalu sewaktu Jalaluddin menghadiri majlis rumah terbuka Lokman yang kini bergelar abang ipar­nya.

Personaliti Rapidah yang mirip dengan arwah isteri­nya, Hashimah Mad Ehsan membuatkan Jalaluddin tertarik untuk berkenalan sebelum mengambil keputusan bernikah.

Hashimah meninggal dunia pada 5 November tahun lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk ken­cing manis dan paru-paru berair.

Menerusi perkahwinan de­­­ngan Hashimah selama 40 tahun, pasangan itu dikurniakan lapan anak dan 14 cucu.