Melihatkan pasangan suami isteri di sekeliling yang mengambil anak angkat untuk melengkapkan kehidupan berkeluarga, Ella pula hanya teruja melihat pasangan lain mengambil anak angkat.

“Saya teruja melihat anak angkat tetapi biarlah saya fokus kepada kerja saya,” kata Ella ketika ditemui usai majlis pelancaran album terbaharunya, Peace. Love. Rindu di sini, hari ini.

Menurut Ella, beliau mahu memberikan tumpuan kepada promosi album terbaharunya yang agak lama dinantikan oleh para peminatnya.

“Album ini mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan kerana saya perlu teliti dalam pemilihan material.

“Bagi saya, semua yang berkaitan dengan album ini, semuanya spesial.

“Muzik, lagu, lirik semuanya spesial. Jadi, album ini berbaloi menunggu dan lapan lagu yang dimuatkan dalam album ini mesti dengar,” kata Ella.

Kata Ella lagi, judul album terbaharunya, Peace.Love.Rindu yang dilancarkan hari ini amat bermakna kerana Peace yang membawa maksud Keamanan, diraikan seluruh negara.

”Istilah Love, saya cinta pada semua terutama peminat. Peminat dahulu dan peminat sekarang.

“Rindu pada peminat terubat dengan album ini,” jelas Ella.

 

 

 

 

 

Album fizikal Peace.Love.Rindu akan berada di pasaran mulai 25 September ini dan peminat juga boleh dapatkan album terbaharu Ella dalam talian menerusi Lazada dan XOX. - UTUSAN ONLINE