Malah ada dalam kalangan netizen beranggapan, tindakan Astro membuka penyertaan kepada artis negara jiran seolah-olah menidakkan kewujudan penyanyi 90-an tempatan.

Bagaimanapun Firman yang pernah popular menerusi lagu Kehilangan itu berkongsi pandangan, tujuannya sekadar mahu mendekati peminat di negara ini.

“Sejak dulu lagi saya mencari peluang seperti ini dan akhirnya tercapai apabila menyertai pertandingan ini.

“Selain di Indonesia, peminat di sini juga ramai yang menyokong karier seni saya dan inilah masa untuk membalas budi mereka,” katanya ringkas kepada Utusan Online.

Dalam pada itu, penyanyi Singapura, Ferhad yang dikenali menerusi lagu Kasih Berubah turut mengambil bahagian selaku peserta GV4. - UTUSAN ONLINE