Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Alif, Airil main muzik untuk wang saku sekolah

Kugiran-persembahan
Muhamad Aizil Alif Rosli bersama adiknya, Muhamad Airil Nizam Rosli menghiburkan pengunjung dengan lagu malar segar tahun 60-an sehingga 90-an di Pasar Keramat, di sini, hari ini.

DI HADAPAN gerai makan milik ayah mereka, Muhamad Aizil Alif Rosli dan Muhamad Airil Nizam Rosli menghiburkan pengunjung dengan lagu yang jarang di dengar pada masa kini.

Kugiran mereka yang menyaksikan Alif, 14, bermain gitar sementara abangnya, Airil, 17 menyanyi, memainkan pilihan muzik malar segar tahun 60-an sehingga 90-an.

“Saya peminat Ahmad Jais,” spontan Airil memaklumkan sebaik ditanya tentang pemilihan lagu yang nyata tidak menggambarkan usianya.

Alif pula mengaku seorang peminat pemain gitar legenda, Man Kidal, dan memetik gitar mengalunkan lagu-lagu lama bukanlah satu masalah buatnya memandangkan sudah terbiasa mendengar lagu-lagu tersebut didendangkan band orang kahwin bapanya, Rosli, tidak lama dahulu.

Hari itu, di Pasar Keramat, dua beradik tersebut menghiburkan tetamu dengan lagu yang begitu asing dalam kalangan remaja masa kini, tetapi begitu mesra pada halwa telinga dan kehidupan orang lama, Pujaan Hati, milik Allahyarham M. Shariff.

Semua tetamu tersenyum. Mereka mengakui kehebatan dua anak belasan tahun itu memainkan muzik lama dengan jiwa yang manis hingga mereka turut atau terkenang memori lama.

Mengaku bermain muzik hanya suka-suka, dua beradik ini bermain muzik bagi mendapat wang saku persekolahan hasil nyanyian hujung minggu mereka dari pukul 8 sehingga 11 pagi.

Bagi yang berminat untuk menikmati persembahan mereka dalam pelbagai acara, hubungi Aliff di talian 014 2343 731. -UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan