Pada tahun 90-an jugalah, pihak pengurusan hotel berlumba-lumba mengadakan majlis Minggu Setiausaha yang cenderung diadakan pada sebelah malam atau dinner show.

Lama kelamaan, persembahan sebegini menjadi semakin berkurangan sehinggakan boleh dihitung dengan jari jumlah hotel yang mengadakan majlis sempena Minggu Setiausaha.

Untuk rekod, sambutan Minggu Setiausaha adalah pada April ini dan pada 25 April, bertempat di Royal Ballroom, Palace of the Golden Horses (PGH), Mines, akan mengadakan majlis makan tengahari sempena sambutan Minggu Setiausaha.

Menurut Pengurus Besar PGH, Issac Raj, sedekad lamanya PGH tidak mengadakan sebarang majlis yang berkaitan dengan Minggu Setiausaha dan apabila Aishah, Nora dan Alif Nasir bakal mengadakan persembahan nanti, secara tidak langsung, mereka mengembalikan nostalgia persembahan Minggu Setiausaha PGH .

"Apabila pihak pengurusan PGH disantuni oleh Penganjur Acara, Mareepoosa Creative and Event dengan cadangan untuk mengadakan 'Spactacular Secretaries' Week Luncheon' 2019 sempena sambutan Minggu Setiausaha, kami bersetuju dengan kolaborasi ini kerana sudah sekian lama, PGH tidak mengadakan majlis sambutan Minggu Setiausaha.

"Apatah lagi, dua artis popular tanah air, penyanyi Nora dan Aishah yang akan menjayakan persembahan di hotel ini bersama Alif Nasir, pemuzik yang meniup saksafon, saya yakin ini adalah satu kolaborasi baik antara kami dengan Mareepoosa dan akan mendapat sambutan baik," katanya kepada Utusan Online.

Petang semalam diadakan sidang akhbar 'Spactacular Secretaries' Week Luncheon' 2019 dengan tajaan Eve Essential, bertempat di Polo Lounge, PGH, di sini sempena persembahan Minggu Setiausaha yang akan diadakan pada 25 April 2019. Rakan media persembahan Minggu Setiausaha ialah Rentak Sejuta.

Hadir sama, komposer lagu Bisa Pertama, Bayeng Black, penyanyi Uchop Ahmad dan rapper, Madrizal.

nora aishah

AISHAH dan Nora gembira menanti menjelangnya persembahan mereka bersama Alif Nasir sempena sambutan Minggu Setiausaha pada 25 April ini di Royal Ballroom, Palace of the Golden Horses, Mines, Seri Kembangan, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

Ketiga-tiga arits, Aishah, Nora dan Alif Nasir hadir yang mana Alif telah menghiburkan para wakil media dengan dua buah lagu instrumental dengan instrumental Ombak Rindu sebagai lagu pertama dan lagu berjudul Jikalau Abang Merindu.

Kata Isaac lagi, 20 tahun lalum apabila PGH mengadakan majlis persembahan sempena Minggu Setiausaha, ia mendapat sambutan pecah panggung dan kali terakhir persembahan minggu setiausaha diadakan di PGH ialah 10 tahun yang lalu.

"Jadi, selepas mendengar tiupan saksofon Alif Nasir, rasa macam minggu depan kita nak tetapi sabar, kita tunggu 25 April ini dan saya juga menggalakkan orang ramai membeli meja yang dijual untuk menyaksikan persembahan," katanya sambil menambah, pihak hotel menyediakan sajian Barat yang enak kepada hadirin yang menyaksikan persembahan kelak.

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Korporat Mareepoosa, Kunor Ku Pengiran berkata, persembahan sempena sambutan Minggu Setiausaha di PGH bukanlah persembahan yang biasa dapat disaksikan.

"Ramai peminat yang merindui untuk melihat aksi persembahan Aishah dan Nora dan inilah peluang keemasan untuk semua peminat hadir menyaksikan persembahan yang tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana penganjur acara iaitu meletakkan Aisah dan Nora di atas satu pentas.

"Spactacular Seretaries' Week Luncheon diberi nilai tambahan atau added value apabila kami menampilkan Alif Nasir yang digelar sebagai Kenny G Malaysia.

"Maka itulah, persembahan sempena sambutan Minggu Setiausaha pada 25 April ini, tidak kira sama ada anda seorang setiausaha ataupun bekerja di bahagian pentadbiran dan dari kalangan korporat serta awam, semua tidak harus melepaskan peluang untuk hadir menyaksikan persembahan secara live oleh Aishah, Nora dan Alif Nasir, " ujarnya.

Beliau berkata, penjualan meja terbahagia kepda empat iaitu Sapphire (RM6,000), Ruby (RM5,000), Emerald (RM4,000) dan Amethyst (RM3,000).

PERSEMBAHAN MINGGU
 

"Setiap meja adalah untuk 10 orang manakala bagi mereka yang ingin membeli seat juga boleh berbuat demikian," katanya.

Sebanyak 10 peratus penjualan meja akan disalurkan kepada tabung National Diabetes Institute (NADI) iaitu sebuah badan bukan berkeuntungan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu kos perubatan kanak-kanak dalam negara yang menghidap Diabetes Type-1.

Untuk maklumat lanjut termasuk penajaan dan pembelian meja, boleh hubungi nombor 01112386569. - UTUSAN ONLINE