Majlis yang diadakan secaran besar-besaran itu dihadiri peminat tegar termasuk selebriti dan pengamal media tempatan.


Pengurus Besar Operasi Pemasaran TGV, Kabir Ariff Sultan berkata, majlis itu bukan sekadar sesi tayangan Star Wars: The Last Jedi, tetapi menjadi satu sambutan cukup bermakna buat penggemar filem tersebut.


“Peminat yang hadir merasai kemeriahan, menonton persembahan fesyen, pementasan, persembahan muzik, permainan video yang bertemakan filem ini.

“Namun, pasti nya yang paling dinantikan semua adalah tayangan perdana yang diadakan di pawagam IMAX. Itu akan menjadi satu pengalaman yang tidak mudah untuk dilupakan,” katanya.