Bagaimanapun, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, sama seperti orang lain, dia mencintai dan dicintai bagi mengisi kekosongan hidupnya.

“Tak dinafikan, memang takut dengan kata-kata negatif masyarakat sekeliling.

“Sukar untuk dijelaskan musabab saya sering gagal dalam percintaan dan harus melalui hal sebegini.

“Setiap orang pasti mahu menjalin hubungan yang serius, malangnya nasib tidak menyebelahi saya dalam soal cinta,” akuinya.

Uqasha berkata demikian bagi mengulas kemesraannya dengan aktor kacak, Ben Amir, 28, ketika ditemui usai majlis pratonton filem lakonannya, Hantu Kak Limah baru-baru ini.

Menurut pelakon Rahsia Hati Perempuan itu, sepanjang mengenali Ben kira-kira sebulan lalu, dia mendapati sikap aktor berkenaan tidak seperti kebanyakan bekas teman lelakinya.

“Dia seorang yang tidak banyak ragam atau kerenah. Jika hendak keluar ke mana-mana, saya tak bersolek pun dia tak kisah.

“Senang cakap, Ben adalah lelaki serba mudah dan ringkas,” jelasnya memberi pujian terhadap pelakon yang sedang menjalani penggambaran Cinta Tiada Ganti itu. - UTUSAN ONLINE