Jelasnya penyatuan mereka juga hanya berlaku dua hari sebelum Anugerah Nasyid 2017 (AN2017), sekaligus menolak insiden itu sengaja diadakan sebagai gimik sempena AN2017.

“Memang hanya salah faham, bagi saya dalam soal ini suami isteri juga bergaduh. Tetapi fokus saya hanya satu untuk memastikan kesemua kami bersama untuk tempoh yang lebih lama demi UNIC.

“Saya anggap ini proses pembelajaran untuk kami di UNIC dan ini sememangnya bukan gimik untuk AN2017 pastinya,”jelasnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar AN2016.

Sementara itu pula, Najdi mengakui disebabkan tekanan dia bertindak secara melulu sehingga mahu keluar dari kumpulan tersebut. Bagaimanapun selepas duduk berbincang dia akui ini adalah kesalahan yang hadir dari pihaknya.

“Mungkin tekanan bekerja. Sebenarnya selama beberapa minggu ini kami memang bekerja keras untuk persembahan kami di AN2017. Jadi sebagai seorang anggota UNIC saya sebenarnya mahu berterima kasih kepada peminat kami yang selama ini banyak menyokong saya.

“Kami akan meneruskan perjuangan ini bersama,”katanya.

Sementara itu UNIC juga turut dianggotai oleh Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin (Fakhrul). - UTUSAN ONLINE