Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti yang memainkan ‘politic of fear’ ialah pihak yang tidak ada kuasa dan cuba menumbangkan pemerintah.


Menurut Najib, UMNO sebuah parti yang berkuasa, jadi tidak perlu untuk memainkan dimensi’politic of fear’ kerana ini akan menghancurkan harapan rakyat kepada kerajaan.


“Yakinlah UMNO tidak main ‘politic of fear’ tapi kita memberikan pengharapan kepada rakyat.


“Kalau rakyat rasa tak ada harapan masa depan, apa akan berlaku? Negara akan berkemacuk, bercelaru, tak tentu hala, tiada panduan tapi UMNO akan terus berikan pengharapan kepada rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE