Dalam video yang ditayangakan secara langsung di laman sosial Instagramnya, Ummi berkata, dia memahami statusnya sebagai selebriti dan memilih untuk berkongsi kepada semua pihak.

“Saya tahu tanggungjawab sebagai seorang selebriti jadi kesempatan ini diambil untuk berkongsi tentang majlis pernikahan. Saya bakal bernikah dengan Dr. Izzar Anwari pada 3 Ogos depan.

“Majlis pernikahan akan diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga sahaja.

“Majlis resepsi sebelah Ummi akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 5 Ogos depan dan pada 12 Ogos depan,” katanya dalam video yang ditonton lebih 800 peminat itu. - UTUSAN ONLINE