AMY UKAYS

Jelasnya, lagu tersebut merupakan pertaruhan baharu kumpulan yang cukup popular dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu itu dan mengharapkan agar single tersebut diterima oleh peminat kelak.

“Lagu baharu sudah ada cuma sekarang jadual kerja kami masing-masing agak ketat jadi, tidak sesuai untuk lancarkan sekarang. Insya-Allah dalam jangka masa terdekat ini, mungkin selepas raya,” jelasnya.

Amy atau nama sebenarnya, Azmi Hassan berkata demikian ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa bersama artis veteran dan anak yatim anjuran Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, seramai lebih 60 artis veteran menerima bantuan daripada syarikat tersebut.

Dalam pada itu, Amy berkata, Ukays bakal mengadakan persembahan di Jakarta, Singapura dan Sabah serta Sarawak bagi mengubat rindu peminat.

“Kami bukan sahaja membuat persembahan, malah kami menawarkan peluang perniagaan kepada penonton yang hadir. Ini adalah usahasama saya dengan Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad.

“Kita juga akan mewujudkan Yayasan Ladang Guarana Bersama Rakyat yang bertujuan untuk meringankan beban anak-anak seni yang hidup dalam kedaifan,” katanya.- UTUSAN ONLINE