Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Hanis memberitahu dia terlibat dalam kemalangan kereta pada Khamis lalu ketika melalui jalan Kuching.

Kesan dari kemalangan terbabit bukan sahaja keretanya remuk teruk, tetapi dia turut mengalami kecederaan kecil di beberapa bahagian tubuh badan.

Jelas Hanis yang sebelum ini pernah membintangi telenovena Memori Cinta Suraya, dalam keadaan panik itu dia mengesyaki beberapa individu telah masuk ke dalam keretanya dan mengambil barangan berharga.

“Alhamdulillah saya selamat, cuma terdapat kesan-kesan lebam tapi malangnya terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mencuri sejumlah wang tunai dari beg tangan saya dan rantai tangan emas yang sangat tinggi nilainya.

“Kepada pencuri itu, saya doakan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Kepada yang membantu, saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allh sahaja yang dapat membals jasa baik anda,” antara tulisanya yang turut dikongsi bersama gambar keadaan keretanya ketika kemalangan.

Difahamkan juga, telefon Hanis turut rosak dalam kemalangan ini sehingga dia gagal melaksanakan beberapa tugasan berkaitan kerjayanya. - UTUSAN ONLINE