jibam
 

Sesuai dengan sebaris ayat yang berbunyi, 'Bila Tuk Ngah Sudin pukul Jibam, dia ingat Jibam dah mati. Tiba-tiba Jibam hidup kembali dan muncul di depan pintu rumahnya'.

Persamaan dengan tagline itu ialah apabila filem Jibam disingkatkan tempoh hayat tayangannya di pangung-panggung atau pawagam, tiba-tiba filem itu muncul semula untuk ditayangkan di Auditorium Muzium Negara.

Walaupun lokasi tayangannya bukan di dalam panggung wayang tetapi apabila pihak Muzim Negara bersifat inklusif dengan membenarkan tayangan filem tersebut di auditorium, itu sudah memadai sebagai tanda, turut memberi sokongan kepada penggiat filem tanah air.

Bermula pada 20 Januari ini, orang ramai dapat menyaksikan filem Jibam sempena dengan Pameran Kartun dan Kita 2018.

Sementara itu, Farah Ahmad ketika dihubungi berkata, beliau bersyukur dengan peluang dan ruang yang diberikan oleh pihak Muzium Negara untuk filem Jibam.

“Terima kasih kepada pihak Muzium Negara kerana sempena dengan Pemeran Kartun yang diadakan, mereka memberi ruang untuk tayangan filem Jibam di auditorium mereka,” katanya.

Diberi peluang tayangan selama dua hari, berakhir pada 21 Januari, sekurang-kurang mereka yang terlepas peluang untuk menonton sendiri filem yang dekat dengan masyarakat Malaysia, boleh berkunjung beramai-ramai ke Muzim Negara di sini. - UTUSAN ONLINE