marcell
Marcell

Walaupun tiket VVIP berharga RM2,099 dan RM1,099 telah habis dijual namun para peminat masih boleh melayari laman sesawang www.airasiaredtix atau pun cawangan-cawangan airasiaredtix untuk mendapatkan tiket konsert.

Cawangan airasiaredtix ialah di Rock Corner, Gardens Mall, di Victoria Music di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor dan di Victoria Music yang terletak di Sungai Wang, Jalan Bukit Bintang, dekat sini.

Untuk pengetahuan para peminat Marcell yang ingin membeli tiket untuk menyaksikan konsertnya pada 23 September ini, pukul 8 malam, tiket-tiket yang dijual di cawangan airasiaredtix tidak menerima pembelian menggunakan kad kredit.

Hanya kad debit sahaja yang diterima pakai ataupun bayaran secara tunai. Justeru, para peminat Marcell, lekas ke tiket outlets untuk membeli tiket kerana konsert Marcell yang julung-julung kali diadakan di Kuala Lumpur, diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi ini yang ke-40. - UTUSAN ONLINE