Sambil mengakui hubungan mereka mula dingin sejak beberapa tahun lalu, Nabila bagaimanapun optimis dan yakin kemelut yang melanda mereka akan berakhir kelak.

“Saya tahu, anda semua sedia maklum mengenai permasalahan yang membelenggu hubungan kami dari dulu sampailah ke hari ini.

“Apapun, saya mohon doa semua untuk keadaan ini menjadi bertambah baik,” katanya ringkas dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Sejak Jun lalu, Nabila juga mengakui, dia telah memuat naik kira-kira 20 status menerusi laman Instagram miliknya demi meluahkan rasa rindunya terhadap Amy.

Dalam tempoh yang sama, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) itu turut membongkar punca berlakunya masalah antara dia dan bapanya itu dan difahamkan aktres berkenaan menyalahkan ibu tirinya, Norhasniza Hassan, 37.

“Sejujurnya, saya sudah tawar hati untuk terus berbicara tentang isu ini dan banyak hati perlu saya jaga termasuklah ahli keluarga mentua saya,” jelasnya.

Nabila ditemui usai menghadiri majlis tayangan KLGU untuk siaran dalam platform penstriman Iflix semalam. - UTUSAN ONLINE