MADRIZAL
MADRIZAL 

Bagaimanapun, penampakan penyanyi-penyanyi baharu ini agak kurang mendapat perhatian daripada media-media hiburan namun menerusi platform Jom Chat yang bersiaran secara langsung setiap hari Rabu, 9 malam di Facebook Utusan Online, artis-artis BBNU ini diberikan ruang dan peluang untuk tampil sebagai artis undangan #jomchat2019.

Berdurasi selama satu jam, Jom Chat segmen bual santai secara interaktif malam ini memilih untuk menggabungkan tiga artis BBNU iaitu Madrizal, Layla Sania atau lebih mesra disapa sebagai Sania dan Ray Asri sekaligus untuk bercakap tentang hala tuju muzik masing-masing.

LAYLA SANIA
LAYLA SANIA mengadakan persembahan 'gig' bersama The Blacks pada malam Sabtu lalu di Restoran Khatulistiwah, Taman Melawati, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Walaupun berlainan genre tetapi bagi Madrizal, Sania dan Ray Asri, mereka cuba untuk melakar nama masing-masing di persada seni Malaysia dan keinginan itu hanya boleh dicapai sekiranya mendapat pendedahan dan sokongan daripada semua pihak.

Sama ada mereka ini popular atau tidak, sama ada mereka ini mempunyai X-faktor atau tidak untuk bergelar penyanyi, sama ada mereka ini mempunyai aura untk menarik peminat dan penggemar muzik, kita tonton Jom Chat secara live malam ini dan buat hantaran komen yang membina. - UTUSAN ONLINE