Jelas usahawan berjaya ini, berikutan komitmen yang tinggi menerusi pelbagai pernigaaan dan pelantikannya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Bhd., dia cuma mahu melabuhkan sauh lakonannya untuk seketika sahaja.


“Kalau kata terus berhenti berlakon itu tidak mungkin sama sekali. Saya sayangkan dunia lakonan dan peminat-peminat yang selama ini tidak pernah lelah menyokong saya.


“Mungkin akan dikurangkan sedikit berikutan komitmen tetapi itu tidak bermakna saya terus menyepi. Sibuk itu bagaikan sudah sebati dalam hidup saya.


“Lagipun, masih banyak ilmu lakonan yang saya perlu belajar. Saya mahu mencuba pelbagai watak dan terus mewarnai dunia lakonan,” katanya. - UTUSAN ONLINE