Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiada tekanan soal kahwin

SUFIAN  dan Elfira Loy akan mengadakan majlis pertunangan secara 2
SUFIAN dan Elfira Loy akan mengadakan majlis pertunangan secara tertutup.

Bersua bicara dengan Sufian Suhaimi, pastinya soal cinta dan kerjaya menjadi topik perbualan. Langsung tidak kekok melayan pertanyaan yang disulam dengan gurauan, dia semakin matang dalam berbicara.

Diaju soalan adakah dia tertekan memikirkan soal pertunangannya dengan pelakon, Elfira Loy, anak kelahiran Johor ini menggelengkan kepala. Dia tidak mahu fikirannya serabut kerana soal majlis itu nanti.

Bakal mengikat tali pertunangan dengan pelakon cantik itu pada 6 Oktober ini, Sufian bagaimanapun menyerahkan soal majlis pertunangan tersebut kepada ibu bapanya. Sementelah, majlis tersebut lebih diuruskan oleh pihak perempuan.

“Tak tertekan pun fasal kahwin atau pertunangan ini. Kami hanya mengikut susun atur yang ditentukan oleh Tuhan. Yang mana baik kami percepat. Alhamdulillah, perjalanan dan jodoh kami dipermudah.

“Majlis bakal dilangsungkan dalam suasana tertutup dan hanya keluarga terdekat sahaja yang bakal hadir.

“Lagipun, kami tidak mahu buat majlis yang meriah. Cukup sekadar ada apanya,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Terakhir ini.

Berkahwin pada usia muda juga pastinya mengundang pelbagai persepsi. Apa lagi, Sufian dikatakan terlalu asyik bercinta sehingga mengabaikan dan terpaksa menangguhkan pelajarannya pada peringkat sarjana.

Menjawab dengan tenang dakwaan tersebut, penyanyi ini menolak sekeras-kerasnya spekulasi tersebut. Dia menangguhkan pelajarannya buat sementara waktu untuk memberi lebih perhatian kepada kerjaya seninya.

Malah dia juga sudah bersedia untuk menyambung kembali pelajarannya untuk semester akhir bulan ini. Tiada isu atau kaitan penangguhan tersebut dengan kisah cintanya dengan Elfira.

“Orang cakap dalam tempoh sekarang, banyak dugaan yang bakal kami tempuh. Sebab kita hendak mempercepat benda baik. Cuma biasalah, ada sahaja anasir-anasir luar yang cuba mengganggu.

“Saya bukan berhenti belajar pun, cuma tangguh sebentar kerana tuntutan kerjaya. Lagipun, bukan setiap hari saya keluar berjumpa Elfira. Kalau dating pun, mesti bertemankan keluarga,” katanya.

Disoal tidakkah dia risau kehilangan peminat selepas berkahwin kelak, seraya tergelak kecil penyanyi lagu Harus Aku ini menjawab, perkara itu tidak pernah terlintas di fikirannya.

“Saya lihat perkahwinan bukan satu titik akhir dalam kerjaya seni.

“Peminat sekarang juga sudah bijak dan tidak akan melupakan penyanyi kegemaran mereka hanya kerana mendirikan rumah tangga.

“Peminat berkualiti tidak menjadikan status seseorang artis itu sebagai penamat. Saya tidak perlu risau dengan perkara itu,” kata anak kedua daripada tiga beradik ini lagi. - Gambar ZAKARIA IDRIS/INSTAGRAM ELFIRA LOY

Tak kejar populariti

Berlari sama laju dengan penyanyi muda seangkatannya seperti Aiman Tino, Haqiem Rusli dan Ismail Izzani, Sufian sama sekali tidak meletakkan mereka sebagai persaingan.

Sebaliknya, dia sentiasa mahu cuba memperbaiki diri dan cara nyanyian supaya kekal relevan dalam industri seni suara yang berkembang dengan pantas. Kata Sufian, dia hanya mahu memberikan yang terbaik.

Enggan meletakkan populariti sebagai tapak untuk dia terus melangkah, Sufian menjelaskan, minatnya dalam dunia seni sememangnya menjadikan dia lebih kuat dan sentiasa mahu berusaha.

“Saya mula menyanyi pada usia muda. Ketika usia 17 tahun, saya sudah ada studio sendiri di bilik. Saya minat muzik bukan kerana populariti sebaliknya nilai dan magis yang ada setiap kali saya bermain muzik.

“Saya tidak pernah tertekan soal populariti sebaliknya saya memberi lebih fokus kepada bagaimana untuk terus menambah warna dalam kerjaya seni saya. Saya sentiasa berpegang kepada minat dan jiwa muzik,” katanya.

Tampil dengan single baharu, Terasa Ada, penyanyi berusia 25 tahun ini juga akan melancarkan album mini pertamanya tidak lama lagi. Membariskan enam buah lagu termasuk single sebelum ini, album tersebut bakal dilancarkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Single baharu ini saya mencuba sesuatu yang baharu. Jika sebelum ini saya selesa dengan lagu balada, kali ini saya tampil dengan rentak yang lebih pantas dan catchy.

“Lagu ini sudah siap tahun lepas dan saya membuat keputusan untuk tampil dengan genre sedikit berbeza kerana mahu menonjolkan sisi berbeza Sufian Suhaimi,” kata pelajar jurusan komunikasi ini lagi.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan