Maka, tidak salah Mary katakan, satu negara memberikan doa supaya suatu hari nanti akan ada pertemuan semula antara Aidil dan dua anak lelaki mereka, Rayyan dan Arjuna. Mereka yang ikuti kisah Rita dan Aidil dulu pun tahu bahawa antara kedua-duanya memang cinta sejati, tiada berbelah bahagi. Cuma sebab tak ada jodoh dan cinta mereka dihalang, maka berlaku perpisahan.

RAMAI mengharapkan hubungan antara Aidil dan anak-anak kembali
RAMAI mengharapkan hubungan antara Aidil dan anak-anak kembali mesra.

Bagi Rita sendiri, sampai ke sekarang, dia masih menanti detik waktu untuk bekas suaminya itu kembali ke pangkuan anak-anak.

“Kalau dulu mungkin kami hanya fikir tentang diri sendiri sahaja. Tetapi sekarang ni, kami sudah semakin matang dan faham apa kehendak anak-anak yang semakin membesar. Senang cerita, kami sentiasa bersedia menunggu kehadiran Aidil untuk kembali ke sisi anak-anak.

s

“Dalam usia sekarang, anak-anak perlukan ayah mereka. Jika dahulu saya tak kisah sangat kerana anak-anak masih kecil tak faham sangat. Tetapi sekarang ini, saya sendiri kena berlaku adil kepada anak-anak yang juga memerlukan kasih sayang seorang ayah,” katanya.

Memang tidak dinafikan, dulu Rita agak sensitif. Maklum sahajalah ditinggalkan suami gara-gara halangan pihak ketiga dalam keadaan sarat mengandung dan anak sulung masih kecil. Memang susah hendak hadap masalah itu. Kalau baca buku Kerana Aku Seorang Perempuan (Dari Kamar Hati Rita Rudaini) semua dia ada ceritakan hal itu.

RAMAI mengharapkan hubungan antara Aidil dan anak-anak kembali mesra.
RAMAI mengharapkan hubungan antara Aidil dan anak-anak kembali mesra. 

Tetapi dari setahun ke setahun, keadaan berubah. Rita sedia maafkan Aidil dan menerima kehadiran lelaki itu semula demi perasaan dua anak lelakinya.

“Ini adalah perjalanan yang telah ditakdirkan untuk rumah tangga kami. Saya tak ada masalah kalau Aidil mahu kembali ke sisi anak-anak dan sanggup menjadi orang tengah mempertemukan dia dan anak-anak semula. Saya tidak mahu setelah dewasa nanti anak-anak membenci bapa mereka, hanya kerana kami telah bercerai,” kata Rita yang cukup positif.

Ada dengar juga cerita dalam kalangan selebriti pemain bola sepak yang menjadi kenalan rakan-rakan di pejabat Mary ni. Kata mereka, Aidil pun selalu juga bertanya khabar Rita dan anak-anak melalui pihak-pihak tertentu. Alah, ramai juga bintang bola sepak yang beristerikan artis, jadi nak dapat maklumat, mudah.

Malah, Aidil selalu juga ada menyatakan kepada kawan-kawan rapatnya akan keinginannya untuk kembali memeluk Rayyan dan Arjuna yang sudah sekian lama ditinggalkan dalam jagaan Rita. Maknanya tak betullah kalau nak kata Aidil tu dah lupakan anak-anak hasil buah cintanya dengan Rita.

Syukur sungguh Mary mendengar cerita baharu ini. Dan rasanya detik pertemuan itu akan berlaku tidak lama lagi, kalau mendengar kepada cerita rakan-rakan di sekeliling mereka itu. Masa itu, Mary yakin ramai yang akan buat kenduri doa selamat memandangkan detik-detik itu sudah sekian lama kami nantikan.