Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiada kitar semula

Lawak Ke Der 2016 janji persembahan segar, tiada ‘ulang tayang’

Antara pelawak yang terlibat dalam pementasan Lawak Ke Der 2016.
Antara pelawak yang terlibat dalam pementasan Lawak Ke Der 2016.

SUDAH agak sinonim dengan peminat genre komedi tanah air, syarikat produksi Tall Order milik Datuk Hans Isaac tampil sekali lagi membawa segerombolan pelawak terkenal dan terkemuka ke pentas Istana Budaya bermula 5 hingga 8 Mei ini.

Francais Lawak Ke Der yang saban tahun dipentaskan di Panggung Sari tahun ini tampil untuk edisi 2016 dan masih menampilkan muka-muka pelawak profesional seperti Harith Iskander, Afdlin Shauki dan Douglas Lim.

Selain nama-nama tersebut, pelawak lain yang turut bersama barisan senior ialah Nabil Ahmad, Bocey, Sherry Alhadad, Rayza Mukmin, Jihan Muse dan Syuk Balas bagi menambahkan variasi lawak dalam penjenamaan Lawak Ke Der 2016.

Penerbit dan pengarahnya, Hans memberitahu, persembahan Lawak Ke Der 2016 ada nilai eksklusif tersendiri apabila dia memastikan para pelawak tidak mengulang tayang bahan jenaka yang pernah dipersembahkan sebelum ini.

“Saya begitu menitikberatkan nilai-nilai eksklusif lawak yang dipersembahkan kepada audiens supaya tidak hambar atau dianggap basi. Lagipun pementasan ini dijalankan setahun sekali, jadi perlu untuk menjaga hal-hal ini.

“Diharapkan juga, edisi kali ini mendapat sambutan hangat seperti tahun-tahun lalu. Respons positif peminat setiap kali ia dipentaskan mendorong Lawak Ke Der tampil setiap tahun.

“Kepercayaan yang telah diberikan peminat amat dihargai dan sebab itulah kualiti persembahan menjadi keutamaan kami di Tall Order,” katanya berjanji.

Tambah Hans, meskipun pelbagai lawak dipersembahkan kepada penonton, namun dia menjanjikan komedi terbaik dan berlainan daripada apa yang pernah dipertontonkan kepada mereka.

Ketika menawarkan peluang beraksi dalam produksi ini, setiap pelawak diletakkan syarat supaya tidak mementaskan lawak kitar semula.

“Ini kerana, pementasan ini berbayar dan jika audiens pernah menontonnya, pasti akan wujud rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan mereka. Jadi, pastinya persembahan lebih segar sahaja akan dipentaskan kelak.

“Di samping itu, para pelawak yang terlibat juga ditegah menyentuh sensitiviti agama, kaum, politik atau mana-mana pihak. Ia akan dipantau dari semasa ke semasa sewaktu sesi latihan dijalankan. Jika ia berlaku atau ada yang melanggarnya nanti, saya akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata Hans.

Tiket boleh didapati dengan harga RM48, sehingga RM188 di www.airasiaredtix.com atau membeli secara terus di kaunter Box Office Istana Budaya.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan