Syatilla Melvin dan anaknya, Syeriv Samheizy.

Kata isteri kepada aktor, Sam Shaheizy itu, dia mahu semua pendapatan yang diraih Syeriv disimpan untuk kesenangan masa depan anaknya yang dilahirkan 9 Mei lepas.


“Saya memang mengambil peluang ini untuk menyimpan wang untuk Syeriv. Lagipun kita tidak tahu ekonomi kami pada masa hadapan macam mana.


“Malah sebenarnya saya dan Sam yang menumpang rezeki Syeriv. Memang banyak... Tapi semuanya untuk masa depan Syeriv sendiri,” katanya.


Dalam pada itu, Syatilla juga tidak mengambil hati berhubung beberapa kritikan terhadapnya apabila pelakon itu memuat naik video menunjukkan dia menggoncang anaknya.


“Apabila orang tegur dan kritik, saya sedar ramai rupa-rupanya orang yang sayang Syeriv. Terima kasih banyak-banyak. 


“Tak goncang kuat pun sebenarnya. Syeriv juga gelak cuma saya tak muat naik bahagian itu,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE