Tiada dendam dan benci

Ayda Jebat tidak akan pernah berubah walaupun sudah memenangi anugerah serta semakin popular

KUALA LUMPUR 24 APRIL 2014 : Fotografi pelakon drama Ride iaitu
Fotografi pelakon drama Ride iaitu Syafie Naswip , Ayda Jebat dan Hafreez Adam distudio Utusan .

PADA usia 23 tahun, Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nor Syuhada Jebat boleh dikatakan sangat bertuah. Dia memiliki apa yang diinginkan semua iaitu rumah. Aset yang boleh dijadikan pelaburan pada masa depan.

KEMENANGAN membuatkan Ayda perlu bekerja lebih keras untuk mengekal kualiti kerjanya.

Memang langkah untuk menceburkan diri dalam dunia seni memberi keuntungan kepada Ayda selain menjadikan dirinya semakin popular.

Pun begitu, gadis genit ini tidak mahu nilai populariti yang semakin bercambah dalam dirinya hanya mampu dijalani dalam masa singkat. Ia perlu berterusan dalam kelangsungan karier.

Dalam pada sibuk menghadapi dunia popular itu, pelakon yang semakin dikenali menerusi drama Rindu Awak 200% ini juga sempat diundang kontroversi apabila namanya dikaitkan dengan status penyanyi Shila Amzah yang tidak suka untuk mendengar perkataan #muahciked yang memang menjadi simbol Ayda. Namun, semuanya dilalui dengan tenang.

Hits sempat mendapatkan kenyataan Ayda tentang apa yang berlaku serta pandangan mengenai populariti dan rumah yang sudah dimilikinya. Ikuti perbualan itu.

HITS: Khabarnya awak sudah memiliki rumah. Betul ke?

AYDA: Sebenarnya saya tidak gemar untuk berkongsi dengan semua tentang apa aset yang dimiliki oleh saya. Bila kita sentiasa beritahu, nanti orang kata kita riak pula. Saya jenis yang suka bersederhana. Maaf ya.

Semakin popular, betul ke awak dikatakan sudah berubah?

Saya tidak pernah berubah sehingga berlakon menjadi orang lain. Saya masih Ayda Jebat yang sama dan tidak akan larut dek populariti. Populariti itu bila-bila sahaja akan hilang. Buat masa ini, saya selesa dengan populariti yang saya kecapi.

Pendapat awak tentang anugerah-anugerah yang sudah awak miliki setakat ini?

Orang kata, kalau sudah menang anugerah, itu satu perkara menarik. Tapi, bagi saya ia sangat sukar dan sudah pasti kerjaya saya semakin mencabar. Maksudnya, persepsi pengarah atau penerbit, mesti mereka mahu sesuatu yang lebih daripada kita. Tidak mungkin saya masih menunjukkan tahap yang sama? Memang saya perlu berubah. Sebab itu, saya jaga hubungan baik dengan peminat supaya sokongan mereka itu akan membuatkan saya bersemangat apabila berlakon dan menunjukkan peningkatan.

Ada juga mengatakan awak sudah berfikir soal bayaran selepas menang anugerah. Komen?

Tentang bayaran, saya tidak mahu dikatakan demand. Saya masih bertolak ansur. Itu sahaja.

Baru-baru ini, ada mengatakan status dalam Twitter Shila Amzah ditujukan kepada awak tetapi sudah dinafikannya. Pandangan awak pula?

Bagi saya, semua orang buat kesilapan. Sebab itu, jika ada yang mengata saya macam-macam, saya tidak mahu timbul perasaan benci dan dendam selepas itu. Biarlah.

Sebab itu, saya mengelak untuk menggunakan medium sosial media sebagai tempat meluah perasaan. Kalau tidak berpuas hati, cakap terus kepada empunya badan. Lagi satu, keterangan yang digunakan juga terutama dalam Instagram perlu dijaga. Jangan sampai mengguris perasaan orang lain.

Sebagai milik masyarakat, kita memang akan menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah menggunakan sosial media.

Bagaimana pula pandangan orang ramai yang mengatakan awak seorang wanita yang mengada-ada (gedik)?

Jika orang tidak kenal saya, memang orang terus menilai dan menghukum kerana sikap saya yang dikatakan gedik. Saya tidak malu mengaku memang saya gedik kerana itu sikap saya semasa mula masuk industri. Saya tidak pernah mengelak dan marah. Gedik itu banyak persepsinya. Kalau orang tengok dari sudut positif baiklah jadinya, begitu juga sebaliknya.

Kerjaya awak pula bagaimana?

Soal kerja, Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Banyak tawaran diberikan kepada saya. Yang terbaharu saya sedang menjalani penggambaran drama 20 episod berjudul Maid. Drama ini akan ditayangkan di Astro Ria dan Maya HD pada pukul 7 malam sepanjang bulan puasa nanti. Sekali lagi, saya digandingkan dengan Zul Ariffin dan dalam drama ini, saya akan memegang watak orang gaji. Ia sungguh mencabar kerana saya akan bermain dengan watak berbeza daripada watak yang pernah saya bawa sebelum ini.

Saya seronok dan gembira dapat bekerjasama dengan Zul sekali lagi kerana ini adalah satu benda yang dinantikan semua. Selain itu, drama saya yang sedang ditayangkan adalah Isteri Separuh Masa.

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati