Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

The Bunks

Bukan band tapi brand

tHE bUNKS 5

Siapa yang tidak mengenali kumpulan Bunkface yang dianggotai oleh tiga orang anak muda iaitu Sam, Youk dan Paan. Kumpulan itu muncul antara band indie yang mampu bertahan sehingga hari ini.

Kini, mereka mengorak langkah lebih jauh apabila mengeluarkan jenama sendiri dalam industri pakaian. Ia merupakan cabang perniagaan terbaharu, selain daripada nyanyian dan persembahan.

Mempertaruhkan jenama The Bunks, pakaian itu lahir dengan memberikan keutamaan kepada kualiti kain dan juga cetakan yang tidak sama berbanding dengan jenama pakaian buatan tempatan lain.

Penekanan pada penggunaan warna yang bukan sahaja hitam dan putih bertujuan membezakan jenama itu dengan jenama lain. Selain itu, The Bunks diperkenalkan bagi memeriahkan industri fesyen negara.

Buat masa ini, The Bunks tampil dengan tiga rekaan eksklusif yang mana dua daripadanya dipakai khas untuk kulit album terbaharu Bunkface, Malam Ini Kita Punya.

Menampilkan corak kulit album pada baju yang dikeluarkan sebagai cenderahati, ia membolehkan pembeli memilih untuk baju lengan panjang ataupun lengan pendek.

Dengan menggunakan gabungan dua warna, oren keemasan dan hitam bagi baju lengan pendek serta putih dan hitam untuk baju lengan panjang, Bunkface menyasarkan peminat dan pengikutnya memiliki koleksi tersebut.

Bagi rekaan khusus, ia menampilkan rekaan pengenalan iaitu logo The Bunks yang dicetak menggunakan teknik efek yang seakan-akan timbul untuk rekaan pertama.

Tidak mahu dianggap menumpang populariti Bunkface, jenama The Bunks sebenarnya melengkapkan kumpulan muzik itu dalam mengeluarkan cenderahati untuk diberikan kepada peminat.

Mengenai perancangan masa hadapan, The Bunks akan mengeluarkan lebih banyak seleksi pakaian untuk semua golongan masyarakat termasuk koleksi pakaian khusus buat wanita,

The Bunks juga tidak menggunakan sentimen kenegerian mahupun sesuatu isu agar pakaian yang dihasilkan boleh digunakan oleh segenap lapisan masyarakat, tidak kira peringkat umur.

Ini membolehkan jenama The Bunks tampil sebagai satu label yang mampu bersaing dalam industri fesyen dan pakaian tempatan negara. 
– AMIRUL/THE BUNKS

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan