Selain jawatan tersebut, tiga lagi kerusi kepimpinan tertinggi turut dikekalkan dengan undian sebulat suara yang diadakan di Suke Sucre Bistro, Cheras, di sini.

Sementara itu, Pengarang Hiburan mStar Online, Mohd. Nizam Abdullah dipilih sebagai Timbalan Presiden, Penolong Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Nor Asikin Hassan pula dilantik sebagai Setiausaha di samping wartawan Harian Metro, Sudirman Mohd. Tahir selaku Penolong Setiausaha.

Dalam pada itu, Pengarang Hiburan Berita Harian, Shamsul Azree Samsir menyandang jawatan sebagai Ketua Biro Penerangan, manakala bagi jawatan Bendahari kekal disandang oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Berita Harian).

Enam Ahli Jawatankuasa (AJK) Wham pula disandang oleh Hanisah Selamat (Berita Harian), Syed Mussaddad Syed Mahdi (Mingguan Malaysia), Rudy Imran Shamsudin (Harian Metro), Farol Hadi Mustafa Kamil (Insta Online), Fairoz Azizan (Berita Harian) dan Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo!).

Turut dilantik, Pengarang Kanan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Noor Joha Ahmad dan Pengarang UKSB, Rosli Manah sebagai juruaudit persatuan berkenaan.

Pada masa yang sama, para ahli juga bersetuju agar satu bentuk tindakan diambil terhadap sesuatu isu yang boleh menjatuhkan dunia kewartawanan hiburan negara. - UTUSAN ONLINE