Jelasnya, dia mahu lebih fokus kepada keluarga dan meningkatkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan yang mulia.

“Alhamdulillah, setakat ini saya dapat berbuka dengan keluarga hampir setiap hari. Kalau tidak, memang sangat susah kan. Sibuk sahaja. Jadi Ramadan ini saya berehat sebentar.

“Semua kerja sudah disiapkan dua bulan lebih awal dan memang saya sangat susah untuk menerima tawaran mengacara atau hadir ke majlis berbuka,” katanya kepada UTUSAN ONLINE baru-baru ini.

Dalam pada itu, Neelofa juga mengakui berdebar dan sedikit takut dengan respon peminat terhadap drama, Ti Amo Sweetheart 100 Hari yang bakal ditayangkan Aidilfitri ini.

“Gugup juga. Tak tahu macam mana respon peminat. Tapi insya-Allah, saya harap peminat suka,” katanya. - UTUSAN ONLINE