Itu amaran keras yang dikeluarkan oleh anggota kumpulan rock legenda Search, terhadap pemain dram mereka, Yazit yang dilihat berterusan menyebarkan cerita buruk mengenai ahli-ahli Search yang lain, terutamanya vokalis, Amy.

Menurut Amy, Yazit perlu berhenti daripada terus meraih simpati dengan menyebarkan pelbagai cerita negatif tentang kawan-kawan lain yang selama ini sudah banyak membantu dirinya.

“Sudah terlalu banyak dia buat cerita tidak betul, memalukan orang lain. Hari ini, kami beri tempoh 48 jam untuk Yazit mohon maaf secara terbuka terhadap Search di atas apa yang telah dia lakukan selama ini, memburuk-burukkan nama kami dan memalukan keluarga kami.

“Jika tidak, kami tidak akan teragak-agak untuk akan ambil tindakan undang-undang,” demikian tegas Amy dalam nada yang cukup kesal, dalam sidang akhbar khas yang diadakan di sini, hari ini. -UTUSAN ONLINE