Bagaimanapun nampaknya persembahan teater muzikal terus menjadi perhatian kebanyakan penerbit.

Alasan genre itu lebih mudah diterima khalayak malah menampilkan artis popular juga menjadi sebahagian strategi untuk menarik penonton dan sekaligus mendapat keuntungan.

Malah ekoran sambutan yang memberansangkan daripada pementasan terdahulu, ada beberapa persembahan dipentaskan semula. Sama ada dengan mengekalkan pelakon ataupun menukarkannya dengan orang lain.

Yang pasti sambutan yang diterima tetap memberansangkan dan antaranya menduduki senarai teratas sambutan sepanjang pementasan berlangsung.

Antaranya teater SuperMokh Sebuah Musical Restaging dan P. Ramlee The Musical - The Legend Returns yang masing-masing berjaya mengumpulkan menarik peminat hiburan ke Istana Budaya.

Kisah legenda bolasepak, Mokhtar Dahari, hasil arahan Hans Isaac dan Harith Iskander serta lakonan Awie dan Maya Karin mencatat 17, 273 penonton sepanjang dua minggu pementasan.

Sementara P. Ramlee The Musical - The Legend Returns mencatatkan 16,225 penonton selama 10 hari persembahan.

Beberapa perubahan yang dilakukan nyata memberi kesan kepada sambutan teater tersebut tersebut watak Norizan yang kali ini lakonkan oleh Tiara Jacquelina.

Norizan sebelum ini dilakonkan oleh Melissa Saila. Dan kedua-duanya cemerlang membawakan permaisuri yang sanggup meninggalkan istana untuk bersama P. Ramlee itu.

Biarpun pementasan kali ini merupakan yang ketiga namun watak P.Ramlee di tangan Tony Eusoff tetap berbisa biarpun ramai masih yang teringat-ingatkan Muslee Ramly ketika membawakan watak P. Ramlee dengan berkesan pada musim kedua beberapa tahun lalu.

Begitu juga watak Saloma yang dijayakan Liza Hanim sebelum ini yang masih belum mampu dibolosi oleh Nadia Aqilah namun tidak dinafikan, aktres muda ini mempunyai harapan untuk cemerlang di pentas teater tempatan.

Beberapa pementasan lain yang berlangsung di Istana Budaya juga bercorak muzikal antaranya Bahayanya Wanita dan Takhta 3 Ratu yang baru selesai dipentaskan baru-baru ini.

Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) juga menyajikan banyak teater menarik dan antara yang mendapat perhatian adalah Asrama-Ra All Stars karya, Khairunazwan Rodzy yang dibintangi antaranya pelakon Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa.

Kisah sekumpulan pelajar asrama ini mendapat ulasan memberansangkan daripada pengkritik dan peminat.

Menarik 2015

UNTUK tahun depan beberapa pementasan dijangka menarik perhatian khalayak antaranya teater Tenggelamnya Kapal Ven Der Wick yang diadaptasi daripada novel berjudul yang sama karya Hamka.

Selain itu pementasan Reunion Puteri Gunung Ledang juga bakal mencuri perhatian ramai khususnya para peminat tegar kisah epik percintaan Puteri Majapahit dan Hang Tuah itu.

Namun sesuatu yang menarik adalah pementasan muzikal Mud, kisah tentang Kuala Lumpur yang dipentaskan di Panggung Bandaraya sebagai salah satu daya penarik untuk pelancong lebih mengenali tentang ibu kota Malaysia.

Bukan sahaja kerana persembahan penuh warna-warni, pementasan yang telah berlangsung sejak Julai lalu itu dikhabarkan akan berlangsung selama tiga tahun.