Ali Baba teater
Teater Ali Baba

Melihat kepada karyanya yang unik, institut tersebut mengangkat cerita itu untuk dipentaskan melalui teater secara tertutup oleh kalangan pelajar di institut berkenaan.

Selepas tiga tahun, karya unik itu tidak pernah diolah dalam mana-mana terbitan, namun agar karya itu tidak dilupakan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersetuju membenarkan Ali Baba Oja dan Jin Toncet dipentaskan sekali lagi secara terbuka.

Idea itu disambut oleh kira-kira 60 ahli Kelab Teater Cenderawasih Sekolah Kebangsaan Setiawangsa yang terdiri daripada murid-murid Tahun Empat hingga Enam.

Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKS, Shah Pandi Abdul Manan berkata, selepas dua bulan mengadakan latihan, akhirnya teater Ali Baba Oja dan Jin Toncet Muzikal akan dipentaskan di Auditorium DBP di sini pada 6 dan 7 Oktober ini.

Katanya, bagi memantapkan lagi hasil karya tersebut kelab telah memilih pelakon dan pengarah terkenal, Radhi Khalid sebagai pengarah teater.

“Pementasan ini merupakan teater secara terbuka yang pertama diadakan oleh kelab dan sekolah ini. Memang ini adalah cabaran luar biasa untuk murid dan para guru khususnya mereka yang terlibat.

“Antara tujuan sekolah ini mengambil cabaran mementaskan teater ini adalah untuk mengumpul dana kelab ke arah meningkatkan bidang kebudayaan di sekolah,” katanya.

Shah pandi berkata, teater Ali Baba Oja dan Jin Toncet Muzikal akan dipentaskan pada 6 Oktober (pukul 3 petang dan 8 malam) manakala pada 7 Oktober (pukul 3 petang).

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan itu berharga RM35. Sebarang pertanyaan berhubung tempahan dan pembelian tiket hubungi talian 012-304 6257 (Puan Ashfa). - UTUSAN ONLINE