Taylor Swift

Tuntutan saman itu dikemukakan David Mueller di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Denver, Khamis lalu.

Dokumen tuntutan menyatakan, Mueller disalah anggap sebagai individu yang meraba Swift oleh pasukan pengawal peribadinya di Pepsi Center pada 2 Jun 2013.

Jelas dokumen sama, Mueller dipecat dua hari selepas insiden itu berlaku.

Bekas penyampai radio itu dalam tuntutannya menafikan dia berperangai tidak senonoh terhadap Swift dan pernah bertemu banyak selebriti lain, namun tidak pernah menimbulkan sebarang masalah.

Akhbar The Guardian melapor­kan, Mueller dan teman wanitanya, dari Shannon Melcher dijemput ke belakang pentas untuk bergambar bersama Swift pada hari kejadian.

Tidak lama kemudian, lelaki itu bertembung dengan seorang rakannya yang juga sempat bergambar dengan Swift, malah mengaku telah meraba punggung penyanyi wanita tersebut.

Jelas Mueller, beberapa minit kemudian, pasukan pengawal peribadi yang tersalah orang telah menghalaunya dari belakang pentas kerana mengangggap dia mencabul Swift.

The Denver Post melaporkan, Mueller yang bekerja selama 20 tahun di stesen radio, kini digantung seumur hidup dari konsert Swift.