Menurut kenyataan yang dikeluarkan Skop Productions selaku syarikat produksi yang menerbitkan filem berkenaan, jumlah tersebut merangkumi kutipan yang dibuat di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura.

Kutipan tersebut sekali gus memadamkan rekod yang dicatatkan oleh HKL pada awal bulan ini iaitu sebanyak RM650,000.

Kos pembikinan filem ke-40 terbitan syarikat itu dan yang ke-10 arahan pengarah muda berkenaan telah menelan belanja sebanyak RM2.8 juta.

Filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta dengan kos sebanyak RM1.6 juta.

Selain Syamsul, pelakon lain yang turut membintangi Munafik 2 ialah Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Asmawi Ani, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Weni Penca, Ku Faridah dan Fauzi Nawawi. - UTUSAN ONLINE