Pasangan yang menyarung persalinan kurung moden berona putih dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah Masjid Al-I’itisam, TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib di De’Laman Event Space.

Tauke atau nama penuhnya Zamratul Amri Zakaria, menghadiahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran bernilai RM30,000 kepada pengantin perempuan.

Malah, pelawak berusia 41 tahun itu juga turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Majlis pernikahan yang serba ringkas dan meriah itu dihadiri 100 tetamu yang terdiri daripada sanak saudara pasangan pengantin dan rakan rapat.

Ini merupakan perkahwinan keempat buat Tauke dan pertama bagi Nadia.

Malam ini akan berlangsungnya majlis resepsi pasangan pengantin bertemakan Fairytale di lokasi sama.

Terdahulu pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015. - UTUSAN ONLINE