Terbaru yang Aida dengar ada seseorang kenamaan yang menaja kursus kahwin besar-besaran beberapa artis kita. Antara artis yang terlibat adalah Stacy dan beberapa artis lain seperti tunangnya sendiri Akim Ahmad.

Ada sumber memberitahu Tasha Shilla dan Marsha juga turut serta. Kalau Stacy mungkin kita tidak terkejut, tetapi kalau Tasha dan Marsha? Adakah ini bermakna ada berita baik daripada mereka juga?

Kalau benar Tasha dan Marsha  ke kursus perkahwinan maka ada kemungkinan mereka akan ke melangkah ke alam rumah tangga? Memikirkan kemungkinan ini, Aida rasa kalau Marsha kita sudah tahu dia ada kekasih, tetapi siapa pula lelaki di hati Tasha.  sampai setuju ke kursus perkahwinan?
Sumber memberitahu, memang kursus kahwin itu hanya dibuat untuk para artis.

Jadi, mesti ada sebab Tasha mengikuti kursus ini bukan? Agaknya Tasha akan mengumumkan sesuatu dalam waktu terdekat ini.
Kalau benar, Aida memang mahu melihat ini sebagai satu kisah positif dari Tasha selepas beberapa kali dirundung kontroversi.

Tetapi Aida juga tidak mahu menaruh harapan yang tinggi, kerana kadang-kadang pergi kursus kahwin tidak bermakna seseorang itu akan berkahwin dalam waktu terdekat.
Mungkin Tasha juga berfikiran jauh, mudah kalau sudah ke kursus awal-awal. Kalau mahu berkahwin kelak sudah lebih senang.