Namun, entah di mana silapnya, ikatan percintaan yang terjalin sejak tahun 2013 itu terlerai dua bulan lalu apabila masing-masing membuat keputusan membawa haluan sendiri.

Bicara lebih lanjut, jelas Tasha, punca sebenar perpisahan adalah kerana dia ingin memperbaiki diri sebelum menempuh alam perkahwinan kelak.

“Saya percaya perpisahan ini mungkin satu petanda untuk saya memperbaiki diri dalam menempuh alam perkahwinan nanti. Ia memberi peluang kepada saya untuk tidak membuat pilihan pasangan hidup secara tergesa-gesa.

“Saya juga percaya perpisahan ini adalah demi kebaikan masing-masing, selain menganggap perhubungan ini tiada jodoh untuk ke alam perkahwinan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” jelasnya yang enggan mengulas lanjut dakwaan mengenai tindakan untuk membawa Hans memeluk agama Islam, antara penyebab utama keretakan hubungannya.

Walaupun hubungan percintaan dia dan jejaka berusia 25 tahun itu sudah berakhir dua bulan lalu, namun mereka masih bersahabat baik.

Luahnya, meskipun gagal dalam percintaan kali ini tetapi tidak terlintas dalam hatinya untuk serik bercinta lagi.

“Tidak terlintas untuk saya serik bercinta lagi. Bagaimanapun, tumpuan saya kini adalah terhadap karier seni,” katanya.

Sementara itu, ketika dipalit pelbagai kontroversi, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak dilihat bingkas bangun dan kekal bersemangat untuk terus berjuang dalam industri seni tanah air.

Apa tidaknya, khabar terbaharu, Tasha bakal menjalani sesi penggambaran untuk drama Maid arahan Michael Ang.

Tambah anak kelahiran Ampang, Selanngor itu, dia tidak pernah meletakkan sebarang harapan dalam kerjaya.

“Jika kita ikhlas dan jujur dalam menjalankan kerja yang diamanahkan, saya yakin seseorang itu pasti akan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah,” beritahunya.

Untuk pengetahuan peminat aktres yang popular menerusi drama Tabir Zulaikha, Tasha bakal melancarkan produk kecantikan sendiri tidak lama lagi. 
– DHIYA’ZULHILMI DAUD / SHIDDIEQIN ZON

Saya juga percaya perpisahan ini adalah demi kebaikan masing-masing, 
selain menganggap perhubungan ini tiada jodoh untuk ke alam perkahwinan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.”