Jika dilihat di laman Instagramnya, kebelakangan ini Rita rajin berkongsi tentang aktiviti anak-anaknya, Rayyan dan Arjuna yang nampaknya mewarisi bakat bapa mereka dalam arena bola sepak.

MHE TV melaporkan, sempena cuti sekolah, Rita selalu membawa anak-anaknya turun padang bermain bola sepak bersama RR Cougars FC.

Membalas satu komen pengguna akaun dengan nama @sephianana, Rita menegaskan dia tidak pernah lupa untuk mengingatkan kedua-dua anaknya tentang bapa mereka.

“Tak pernah sisturr bagi mereka tak ingat…dah besar faham sikit ni, sisturr keluarkanlah segala khazanah daddy dia tinggal…video pergi holiday pun sisturr baru tunjuk semalam,” jawab Rita.

Apa yang lebih menarik perhatian warganet ialah apabila Rita turut berkongsi khazanah yang ditinggalkan Aidil Zafuan termasuk jersey milik Aidil yang kemudiannya dihadiahkan kepada Rayyan.

“Bangga mommy ada anak-anak yang tidak meminta-minta. Yang selalu bersederhana, yang selalu menghormati perasaan mommy. Yang lembut hati.

“Tak kisahlah jersey baru ke jersey lama ke, tapi itu satu-satunya jersey yang daddy tinggal dan satu-satunya sentimental value dan kenangan untuk korang tau…yang dia adalah daddy korang…gud luck,” luah Rita.

Baguslah macam tu. Walaupun tidak membesar dengan bapa kandung mereka, tetapi sebagai ibu, Rita tidak pernah lupa mengingatkan anak-anaknya tentang bapa mereka.

Bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Salute dengan cara Rita yang semakin cool dan matang berdepan dengan kutukan netizen.

Untuk berita hiburan terkini lagi sensasi layari www.mhetv.my - UTUSAN ONLINE