Chris Evans

Malah, katanya, dia gembira untuk menyerahkan karakter itu kepada pelakon lelaki lain pada satu masa nanti.

“Saya tidak kisah. Watak Marvel mempunyai ramai peminat. Mengapa tidak beri peluang kepada pelakon 
lain untuk menjadi Captain America?

“Namun bagi saya, ada watak tertentu yang tidak boleh dilakonkan sebarangan orang, misalnya Batman yang dibawa Ben Afleck dalam filem Batman v Superman,” katanya kepada The Independent baru-baru ini.

Evans mula memegang watak Captain America dalam filem The First Avenger pada 2011.

Dia juga akan memegang watak sama dalam sekurang-kurangnya dua filem lagi iaitu Avengers: Infinity War Parts 1 and 2 yang akan memulakan penggambaran pada November tahun ini.

Ditanya tentang masa depan watak Captain America dan Steve Rodgers, Evans berkata, dia mengikat kontrak bersama Marvel Studio untuk tiga 
atau empat sekuel filem Avengers.

“Jika Marvel masih mahukan saya sebagai Captain America, saya tidak menolak. Saya 
gembira melakonkan filem itu,” katanya.