Diana ketika dihubungi Utusan Online berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Fadzil itu tidak benar sama sekali.

“Berita itu sama sekali tidak benar. Itu saja,” jawab Diana ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai ketidakhadirannya ke mahkamah sewaktu suaminya di bawa ke sana untuk tahanan reman, aktres itu tidak memberi sebarang responds.

Fadzil sebelum ini berkata, dia tidak menolak kemungkinan abangnya itu mempunyai masalah mental lantaran tekanan perasaan.

Kata Fadzil yang juga seorang aktor, dia bertemu dengan abangnya itu tiga sehari sebelum ditahan dan Farid memberitahu yang dia terlalu merindui dua anaknya, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Farid kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara semalam. - UTUSAN ONLINE