Pelakon Norzizi Zulkifli kini meraih gelaran doktor falsafah.

Norzizi berkongsi kegembiraan itu dengan memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Instagramnya yang dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat-peminat di atas kejayaan tersebut.

Malah, Norzizi yang juga seorang pensyarah mendedahkan, dia pernah merasa tidak mampu untuk meneruskan pengajiannya kerana cabaran dan beberapa kekangan yang melunturkan semangatnya.

“Saya memang tiada kebijaksanaan nak menggapai gunung (PhD) itu. Hanya usaha dan sedikit semangat. Saya selalu sayu melihat graduan lain yang berjaya menamatkan pengajian mereka.

“Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, mampukah saya mendaki gunung itu. Saya selalu pesan kepada sahabat, jika suatu hari saya berjaya, sayalah kura-kura yang memanjat gunung itu!” katanya menerusi kapsyen.

Dalam pada itu, Norzizi sempat meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada suaminya, Bayu Utomo Radjikin, 48, yang sabar dan sentiasa memberi sokongan kepadanya sepanjang tempoh dia belajar.- UTUSAN ONLINE

ߘ?ߘ?ߘ?ߐ?