Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tafsiran cinta Emran, Bella

RAI... Teman-teman rapat Laudya Cynthia Bella dari Indonesia
RAI... Teman-teman rapat Laudya Cynthia Bella dari Indonesia turut hadir meraikan mempelai.

KEPADA Engku Emran Engku Zainal Abidin dan Laudya Cynthia Bella, pertemuan, perkenalan dan pernikahan yang terjadi antara mereka bukan sesuatu yang dirancang.

Semuanya berlaku secara kebetulan.

Selepas lebih lima bulan berkenalan, Jumaat lalu, mereka disatukan dalam pernikahan yang serba sederhana tapi menyimpan rasa dan makna yang sangat mendalam buat pasangan itu.

Di hadapan keluarga serta sahabat karib masing-masing, Emran melafazkan ikrar dan janji untuk mengasihi, melindungi dan menjaga kebajikan isteri yang dinikahinya bersandarkan rasa cinta yang mendalam.

Selepas gagal dalam perkahwinan pertama dengan artis ternama Erra Fazira, Emran, 42, berusaha mencari pengganti baharu sehinggalah pada awal tahun lalu dia diperkenal dengan Bella, 29.

Melalui teman karib, aktres Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri atau Bosned, perkenalan diatur.

Sebulan dua masa diambil untuk membina hubungan sebelum Emran dan Bella menyedari bibit-bibit cinta sudah mula berputik dalam diri masing-masing.

Apabila sudah saling suka, Emran dan Bella tidak menunggu lama untuk membawa hubungan kasih itu ke peringkat yang seterusnya.

Justeru, Emran secara gentleman terbang ke Jakarta, Indonesia untuk bertemu ibu dan ayah Bella menyatakan hasratnya untuk menikahi puteri kesayangan pasangan itu.

“Dalam pertemuan tersebut, saya katakan kepada ayah dan ibu Bella, saya hanya akan menikahi anak mereka seandainya diberi restu. Jika tiada restu, saya sedia mengundurkan diri,” dedah Emran kepada Mega Hits mengenai ringkasan perjalanan yang dilaluinya dalam menempuh hidup baharu.

Sebagai lelaki yang waras, Emran sangat realistik, status sebagai duda anak satu ditambah pula dia adalah orang asing dengan mudah sahaja boleh menjadi faktor kenapa lamarannya boleh ditolak oleh mana-mana ibu dan ayah.

Namun kerana cinta dan kasih kepada wanita bernama Bella, Emran berusaha untuk menjadikan keinginannya sebagai satu kenyataan.

Selepas meluahkan yang terbuku di hati, ayah dan ibu Bella, Busye Amir dan Menny Setiaputra mohon diberi masa dan ruang untuk mereka membuat pelbagai pertimbangan sebelum melepaskan anak yang ditatang bagai minyak yang penuh itu.

Sebagai anak yang patuh kepada orang tuanya, Bella juga menunggu penuh sabar keputusan yang bakal mengubah seluruh kehidupannya.

Sekembali daripada menunaikan umrah, Busye dan Menny memberikan jawapan yang sangat menggembirakan Emran dan Bella.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan