Tabung itu dilancarkan sempena majlis ulang tahun ke-14 kelab peminat Sitizoner.

Kata Siti, 39, tabung itu diwujudkan kerana menganggap semua peminatnya itu sebagai ahli keluarga sendiri.

"Ada ahli yang ditimpa musibah, penyakit,kemalangan dan memerlukan bantuan daripada kita semua.

"Sebahagian sumbangan yang diberikan hari ini datang daripada yuran penyertaan ahli kelab sempena sambutan ulang tahun Sitizoner.

"Jadi hari ini ada empat ahli yang terpilih menerima Tabung Sitizoner. Sebenarnya, ini adalah kejutan yang dibuat sebab mereka yang hadir pada hari ini tak tahu wang sumbangan itu datang daripada yuran penyertaan," katanya kepada UTUSAN ONLINE.