Perkongsian nama anak sulung mereka itu diumumkan menerusi laman sosial Instagram milik Shaheizy.


“Tinggal beberapa hari sahaja lagi Putera @syerivsamheizy beta akan pulang ke Istana dan menguasai katilnya ini. Yeayy!,” tulis Shaheizy menerusi kapsyen yang tertera di bawah sekeping foto katil yang dimuat naik.


Akaun Instagram Syeriv setakat hari ini sudah mengumpul pengikut hampir mencecah 13,000 meskipun belum ada sebarang foto yang dimuat naik untuk tontonan umum.


Bayi lelaki yang masih belum didedahkan wajah itu dilahirkan pada 9 Mei lalu. 


Shaheizy dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. - UTUSAN ONLINE