Syamel
Syamel

Segmen #jomchat2018 bersiaran selama satu jam, bermula pada pukul 9 malam hingga 10 malam ini sebenarnya pernah mengundang Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd. Fodzly untuk berbual dan menghiburkan secara eksklusif para pelayar Utusan Online dan pengikut Facebook Utusan Online yang menonton segmen live Jom Chat yang dihoskan oleh Apak pada setiap minggu, hari Rabu.

Seperti mana sedia maklum, populariti Syamel terus kekal sebagai penyanyi lelaki popular kerana vokalnya yang mantap dan pastinya bahang kemenangan yang diraih oleh Syamel bersama rakan duetnya, Ernie Zakri menerusi lagu ciptaan Syamel sendiri berjudul Aku Cinta pada AJL32 tersimpan kukuh dalam ingatan para peminat Syamel.

Walaupun nama Syamel berada di kemuncak, anak muda ini yang lahir daripada pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasi (AF) musim ke-12 masih tidak lupa diri dan mahu terus mendekatkan diri kepada peminat.

Untuk bertanyakan soalan-soalan yang mantap dan bernas serta menjurus ke arah perjalanan dan perancangan karier Syamel, bolehlah mengikuti segmen Jom Chat pada pukul 9 malam ini. - UTUSAN ONLINE