Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nabil akui gugup saat bergandingan dengan Lisa Surihani

Damansara 10 November 2014 - Nabil Ahmad dan Lisa Surihani di 2
Nabil Ahmad dan Lisa Surihani di Sesi Pertunjukan Filem TV Famili Komedi Pertama di Astro First, " Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris "

PELAWAK, pengacara dan pelakon, Nabil Ahmad mengaku gementar apabila bergandingan bersama Lisa Surihani sebagai pasangan suami isteri dalam telefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.

Nabil berasa agak sukar dan gugup untuk babak romantik bersama Lisa kerana cerita tersebut jauh berbeza dengan sifat dirinya yang sebenar.

Dia yang ditemui pada majlis pra tonton telefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris, baru-baru ini berkongsi pengalaman sepanjang menjalani penggambaran bersama aktres wanita berkenaan.

“Sejujurnya saya sangat malu dengan Lisa bila berlakon bersama dengannya. Lebih-lebih lagi sebagai pasangan suami isteri. Entah, tiba-tiba sahaja lidah saya jadi kelu, gementar dan takut. Tak pernah terfikir yang saya akan berlakon dengan dia.

“Lisa seorang pelakon yang bagus dan dia mampu menghidupkan sesebuah watak dengan baik sekali. Sebab itu bila masuk sahaja dalam set penggambaran, dia akan menjiwai watak tersebut dan anggap saya sebagai suaminya, sedangkan saya masih lagi ingatkan dia adalah isteri orang,” katanya sambil ketawa kecil.

Justeru, agak sukar bagi Nabil untuk memainkan peranan sebagai seorang lelaki yang romantik dan serius, sementelah itu bukanlah bidang keutamaannya yang dikenali dengan sifat gemar membuat lawak.

“Dalam cerita ini banyak memerlukan watak saya yang merupakan seorang suami yang romantik dan manja. Bahkan tangan saya jadi menggigil bila ada adegan berpelukan dengan Lisa sampaikan saya yang naik segan.

“Mimik muka saya sukar untuk memberikan reaksi wajah yang berlainan, jadi sebab itu jugalah sukar bagi saya untuk lakonkan karakter serius. Bila lihat balik lakonan saya, ia akan jadi tak kena dengan reaksi wajah sendiri. Arena lawak sudah menjadi darah daging dalam hidup saya,” ujarnya lagi.

Atas sebab itu jugalah, Nabil banyak menolak watak-watak serius kerana sedar akan dirinya yang tidak mampu membawa watak terbabit dengan baik. Bimbang tidak mampu memuaskan ramai pihak, dia mengambil jalan mudah untuk menolak.

“Tahun ini sahaja ada dalam empat atau lima drama yang perlukan saya berlakon serius dan bermain dengan emosi yang saya tolak. Saya mengaku awal-awal yang saya tak pandai berlakon.

“Saya tak rasa bidang lakonan merupakan cabang kerjaya saya. Saya rasa Allah tak mencipta saya untuk menjadi seorang pelakon. Biarlah saya lebihkan kepada bidang pengacaraan sebagai rezeki saya,” kata pengacara MeleTOP ini lagi.

Pelakon berusia 30 tahun ini juga dengan nada selamba bersahaja menjawab dia masih menerima tawaran yang satu ini kerana penggambarannya di buat di Paris.

“Saya terima sebab penggambaran di lakukan di Paris. Ini merupakan pengalaman pertama saya pergi ke negara Eropah. Kerjaya saya memang sibuk sampaikan tiada masa untuk bercuti, sebab itulah saya bawa isteri saya bersama.

“Agak senang juga berlakon dalam produksi ini sebab semua jadual penggambaran dan mencari pengacara bagi menggantikan saya dalam program MeleTOP telah diatur dengan baik oleh mereka. Jadi saya tak perlu risau mengenai jadual saya,” tuturnya.

Sementara itu, Lisa turut mengulas lanjut mengenai pengalaman pertamanya bergandingan dengan Nabil yang disifatkan sebagai seorang yang sangat profesional dan selesa berlakon bersama dengannya biarpun baru pertama kali bertentang mata.

“Seronok juga sebenarnya bila dapat tahu akan berlakon dengan Nabil walaupun tak pernah lagi berlakon bersama. Sesi penggambaran jadi lebih menceriakan hanya disebabkan lawak Nabil seorang sahaja.

“Walaupun orang lihat agak janggal kerana pelawak bergandingan dengan saya malah menjadi pasangan suami isteri dalam telefilem ini, tapi saya rasakan Nabil merupakan pelakon yang bagus dan tidak pernah ada masalah,” katanya.

Selain Nabil dan Lisa, telefilem turut dibintangi oleh dua orang pelakon kanak-kanak berbakat besar, iaitu Mia Sara Nasuha dan Ryqarl Iskandar. Pelakon Zizan Nin dan Nelydia Senrose yang turut mewarnai telefilem ini.

Telefilem ini memaparkan kegigihan dua orang kanak-kanak iaitu Nini dan Haikal terbang ke Paris dengan tujuan menyatukan Pak Su Hairi (Zizan Nin) dan Auntie Lisa (Nelydia Senrose) yang semakin renggang.

Pelbagai peristiwa lucu berlaku apabila dalam perjalanan itu mereka secara kebetulan telah bertemu dengan pasangan suami isteri iaitu Sofea (Lisa Surihani) dan Faris (Nabil Ahmad) yang sedang berbulan madu.

Telefilem ini bakal bersiaran bermula 20 November ini menerusi Astro First Eksklusif (Saluran 480) dan pelanggan Astro hanya perlu membayar caj sebanyak RM15 untuk tempahan dan mempunyai pilihan masa dalam tempoh 48 jam dari masa pembelian.

Gambar MOHD. AZIM ABD. RAHMANRekabentuk MAstika mohamed

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan