Menurut Elfira, mereka berdua haruslah menghafal surah Al-Mulk sebagai azimat bagi melayari bahtera perkahwinan yang bakal dibina pada Mac 2018.

“Jika diterjemahkan maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik surah Al-Mulk, terdapat banyak fadilat berkaitan kehidupan kita sebagai hamba-Nya.

“Atas sebab itulah ibu mengenakan syarat tersebut agar kami berdua diberikan pedoman serta petunjuk dalam meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya.

“Jika ayat itu pun menjadi satu kesukaran buat kami menghafalnya, apatah lagi dugaan alam berumah tangga yang bakal diharungi kelak,” katanya kepada Utusan Online.

Dalam pada itu, pasangan tersebut bertunang di rumah keluarga Elfira di Alam Damai, Cheras di sini dengan menyaksikan tema batik dan bunga menjadi pilihan mereka.

Sufian dan Elfira menggayakan dua persalinan yang direka khas oleh pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini. - UTUSAN ONLINE