Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sukar mengandung kerana masalah kesihatan - Elizad

SITI ELIZAD teringin miliki cahaya mata sendiri.
SITI ELIZAD teringin miliki cahaya mata sendiri.

⁠⁠⁠⁠⁠

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Keinginan memiliki anak sendiri tidak pernah hilang namun akibat masalah kesihatan membuatkan pelakon Siti Elizad Mohd. Sharifuddin sukar mendapatkan cahaya mata. 


Kata Elizad, empat tahun lepas dia pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan (cyst) di rahimnya seberat empat kilogram. 


“Tetapi baru-baru ini, ketumbuhan tersebut kembali semula dan doktor memberitahu ia sebesar telur ayam. 


“Doktor menyarankan agar saya membuat pembedahan semula  tetapi saya masih memikirkan pelbagai kemungkinan buruk dan baiknya,” kata Elizad. 


Bagaimana pun kata Elizad, suaminya, Shamsul Baharin Rahman sangat memahami perkara tersebut dan tidak menjadikan ketiadaan anak sebagai satu perkara yang perlu diperbesarkan. 


“Lagi pun, suami saya sudah punya sepasang cahaya mata yang berusia 14 dan 11 tahun hasil perkahwinannya terdahulu. 


“Cuma sebagai seorang isteri dan wanita, saya memang teringin memiliki cahaya mata sendiri. Kalau tidak mampu melahirkan ramai anak, seorang pun jadilah,” kata Elizad yang mengamalkan minum air jus peria bagi penjagaan kesihatannya. 


Tambah Elizad, dia juga memikirkan untuk mengambil cuti panjang untuk berehat dan menguruskan soal kesihatannya. 


Mengenai Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) yang akan diadakan pada 23 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Elizad turut tercalon menerusi filem Harmonika. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan