Malah penyanyi lagu Crush itu juga merupakan duta pertama berhijab di Malaysia yang dipilih untuk menjayakan kempen #WanitaBesi produk Pantene.

Bagi Yuna, beliau bersetuju untuk menjadi duta Pantene  kerana yakin dengan produk tersebut selepas menggunanya sejak beberapa tahun lalu.

“Saya berasa bangga dipilih sebagai duta Pantene Malaysia yang baharu. Selama bertahun-tahun produk itu menjadi sebahagian daripada rejim penjagaan rambut saya dan saya benar-benar mencintai jenama tersebut.

“Bukan saja yakin dengan produk itu, saya juga mahu penampilan saya memberi inspirasi kepada wanita dengan membina keyakinan melalui kempen yang hebat yang hebat “ kata Yuna pada majlis pelancaran tersebut, baru-baru ini.

Bagi menjayakan kempen tersebut, penyanyi itu juga turut muncul dalam drama pendek #WanitaBesi yang berdurasi lebih dua minit itu, selain Yuna turut serta ialah dua figura terkenal Malaysia, Linora Low (personaliti kecergasan) dan Adeline Chin (penerjun kebangsaan).

Sesuai dengan elemen yang ditampilkan oleh Pantene untuk rambut lebih kuat, sihat, fleksible dan bersinar, kempen baharu itu turut mengangkat wanita yang mempunyai kisah dan pengalaman perit sebelum mengecapi kejayaan. - UTUSAN ONLINE