Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sudah terfikir soal kahwin

Nafi enggan promosi lagu Pejamkan Mata

PADA usia sekarang, Dayang Nurfaizah akui dirinya sudah memikirkan soal perkahwinan.
PADA usia sekarang, Dayang Nurfaizah akui dirinya sudah memikirkan soal perkahwinan.

KETIKA ini memang ada niat di dalam hatinya untuk meraih bahagia dengan seorang lelaki namun siapa sangka sehingga hari ini hidupnya masih kosong tanpa cinta.

Tidak mengelak untuk bercakap soal ini bagi Dayang Nurfaizah, 35, sukar untuk dirinya berbicara apabila ditanya tentang perkahwinan.

Seperti wanita lain dia juga mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga namun baginya lebih baik dia menyerahkan persoalan tentang itu kepada jodoh sahaja.

“Memang tiada teman istimewa buat masa ini, kalau ada memang saya akan beritahu. Tiada yang rahsia... Memang pada umur sekarang saya sudah terfikir soal perkahwinan,” katanya jujur.

Tidak tahu sampai bila dia akan menjalani kehidupan solo, balas Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, dia tidak menolak jika 
suatu hari nanti sudah ada cinta yang bertandang, dia akan berkongsi dengan peminat.

“Kalau perkara itu bagus untuk dikongsi, maksudnya sudah membawa ke jenjang pelamin, kenapa saya tidak mahu berkongsi? Saya akan kongsi.

“Sebenarnya saya tidak pernah bercinta, mungkin faktor kesibukan bekerja membuatkan saya tidak perasaan 
jika ada yang mendekati.

“Sebab itu susah saya mahu terangkan apabila ada yang kata saya sukar didekati,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert amal Tapestry OF Colours 2017 baru-baru ini.

Tapestry 
of Colours

Mengenai konsert amal Tapestry of Colours 2017, Dayang memberitahu, dia menerima tawaran tersebut kerana ingin membantu Yayasan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam mengumpul dana.

“Saya lihat ini peluang yang baik untuk saya membantu mereka. Jadi tiada masalah kalau saya terlibat sama. Buat masa ini saya sudah bersetuju untuk menyanyikan empat buah lagu,” katanya.

Acara yang bakal disertai 200 pelajar jurusan kejuruteraan dan teknologi universiti itu akan diadakan pada 29 Julai depan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur.

Tiket-tiket untuk menonton persembahan konsert amal tersebut berharga daripada RM106 hingga RM446.

Nafi enggan promosi lagu Pejamkan Mata

Menjalinkan kerjasama dengan penyanyi rap Malique menerusi lagu Pejamkan Mata, tidak dinafikan ketika ini lagu tersebut menjadi pilihan ramai pendengar di saluran radio tempatan.

Bagaimanapun terdengar desas desus kononnya penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini enggan mempromosikan lagu 
tersebut.

“Itu bukan lagu saya tetapi Malique. Saya tidak ada masalah sebenarnya untuk bercakap mengenai lagu ini jika ada pihak yang bertanya.

“Kena faham promosi sepenuhnya kena hadir daripada pihak mereka, bukan (pihak) saya. Saya hanya akan membantu,” jelasnya.

Bercakap mengenai pengalaman bekerja dengan Malique kata Dayang, dia sebenarnya sangat bangga dapat bekerjasama dengan penyanyi rap popular itu.

“Sangat teruja sebenarnya menyanyikan lagu tersebut biarpun sebenarnya kami tidak 
pernah berjumpa. Semua komunikasi berlaku melalui telefon sahaja.

“Namun memang dia memberi arahan bagaimana lagu itu perlu dinyanyikan,” katanya mengenai lagu Pejamkan Mata ciptaan Malique bawah label Qarma Musiq milik Malique sendiri.

Ditanya sama ada dia bersedia untuk menyanyikan lagu tersebut tanpa kehadiran Malique pada persembahannya, Dayang mengakui tiada jawapan untuk persoalan tersebut buat masa 
ini.

“Susah sebenarnya untuk saya jawab mengenai hal ini, kita lihat bagaimana, bergantung kepada situasi.

“(Tapi) Memang saya terima tawaran ini kerana dia,” katanya.

Gambar MARDHATI ALIA MUHAMAD SHARIF (Pelatih UITM)

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan