Vie Shanti Khan

Tup-tup ni, ada yang membawa khabar, bisik-bisik manja ke telinga Mary Jane kononnya Vie sebenarnya baru saja bernikah dengan seorang VIP. Orang itu memang ternama dan berasal dari sebuah negeri nun agak jauh jugalah, kena naik kapal terbang baru sampai.

Kelas kau, diam-diam ya. Dan, mengejutkan lagi, kata mereka juga, Vie Shantie sudah berkongsi ‘payung emas’. Awww, bukan calang-calang orang khabarnya pilihan Vie, muda, bergelar dan boleh tahan kacaknya. Malah, kalau tak salah, lelaki yang kini menjadi suami Vie juga ada muncul di bahagian hujung video klip lagu Sedetik Lebih nyanyian Vie yang kini bertebaran di you tube. Itu cakap-cakap oranglah, Mary Jane tumpang dengar saja. Mana tahu, kot orang lain, sebab gambar lelaki dalam video klip tu, tak nampak muka. Nampak badan sahaja, jadi macam-macam sangkaan orang.

Tengok....Buat album tak pernah, tiba-tiba ada video klip ke luar negara lagi, kau ada? Tak ada kan, baik kau diam sajalah dan sama-sama telan air liur tengok klip video Vie yang menarik itu.

Apapun, Mary Jane nak ucapkan tahniahlah. Baguslah macam tu, bila sudah bertemu lelaki yang sesuai, tamatkan hubungan dengan cara yang baik. Tak perlu bercinta lama sangat, kalau dah suka. Bercinta makan tahun, habuk pun tak ada, diri sendiri yang rugi. Vie pun masih muda lagi. Masih bergetah dan mampu membikin banyak lelaki cair melihat cara penampilan dan gaya sofistikatednya, sama macam Mary Jane jugalah. Kalau lambat dipinang, disambar orang. Hihihi!

Sebab itu apabila ada pihak yang mengatakan Vie sudah berkahwin baru-baru ini, tidak terperanjat sebab wanita ini memang berhak untuk membuat pilihan terbaik dalam hidupnya.

Mary Jane memang suka kalau dengar cerita indah dan molek wanita-wanita cantik macam Vie ni. Yalah, buat apa kita hendak cemburu akan kelebihan orang kan, hati jadi tak bersih tau. jadi, Mary Jane doakan agar kebahagiaan rumah tangga itu kekal sampai bila-bila, jika benar sudah kembali jadi isteri orang. Janganlah berahsia lagi, kerana ini cerita yang baik, tutup buku teka-teki itu. Orang ramai pun respek apabila kita berterus-terang.

NOTA MARY JANE : Buat benda baik pun, kenapa hendak disembunyikan pula, kan?